Ahad, November 2

Marhaban...... Buah Hati Opah & Wan

18 Julai 2008 - Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah Subhanahu Wata`ala di atas anugerahnya kepada keluarga Haji Samsudin dan Hajah Ramlah dengan kelahiran cucu ke sembilan dan sepuluh. Pasangan kembar anak kepada Nazmi & Alida, Muhammad Aidil Anas dan Nurul Aina Najwa.




Yang berbaju biru tu abangnye, Anas dan berbaju merah tu adiknye, Najwa..
Sekalung Tahniah buat Nazmi Samsudin dan Alida Othman di atas kelahiran pasangan kembar Anas & Najwa dari kami seisi keluarga.


Macam2 Posing Edisi KL-Terengganu











Ku Genggam Jua Akhirnya..


MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 PROGRAM EKSEKUTIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA & PROGRAM KERJASAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA – UNIVERSITY OF WARWICK, UK PADA 25 OKTOBER 2005 DI KAMPUS UTM, JALAN SEMARAK, KUALA LUMPUR

---------------------&----------------------

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
Maka dirikanlah salat karena Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus"
-
Suratul Al-Kautsar Ayat 1-3.

25 Oktober 2008, catatan sejarah buat diri ini. Biarpun begitu terlewat dari sepatutnya namun ianya lebih bererti buatku. Eksekutif Diploma In Management, UTM.

Segalanya akan lebih bererti bila diraikan bersama keluarga tersayang

Dorongan dan pengorbanan yang tidak ternilai dari seorang bernama isteri. Demi masa hadapan sikecil yang masih belum memahami erti kehidupan, ku teruskan jua pendakian yang sekian lama terhenti biarpun jurang terus setia menanti langkah yang sedia terbasas. Alhamdulillah, kulepasi puncak pertama.

Kenangan bersama para sahabat

Awekssss....... Boleh Tahan

Kata seorang mantan: "Biarpun Bertatih, Selangkah Bererti Mara".
Bukan soalnya cepat atau lambat tetapi sampai atau tidak. 'Kejayaan' adalah sesuatu yang terlalu subjektif untuk dinilai, pengukurnya adalah sejauh mana kita menjadi diri kita sendiri. Jangan dipersoalkan dimana kita bermula tetapi rancanglah yang terbaik untuk menoktahkan permulaan itu.

Langkah yang terhenti adalah Putus Asa! Bangun dan terus melangkah. Setiap gunung yang dituruni menjanjikan pendakian yang lebih tinggi. Iringilah setiap usaha dengan doa dan zikrullah, Insya Allah kejayaan dipenghujungnya.