Ahad, September 7

Jom buat Bubur Lambok


Bahan-bahan

  • Secawan beras
  • Sesudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih + buah pelaga
  • Daging (Ikut sesedap Budget sebab daging dah mahal)
  • segenggam udang kering
  • 2 helai daun pandan
  • Sesudu kecil halba
  • Sesudu kecil jintan kasar
  • Sebiji bawang besar - hiris
  • 3 biji bawang putih - hiris
  • 2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
  • Sesudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
  • 6 biji bawang merah - buat bawang goreng(Kalau Nak Senang beli ja bawang goreng)
  • Daun sup dan daun bawang
  • Garam secukup rasa(tak perlu cukup rasa bagi yang ada darah tinggi)
  • Air secukupnya
  • Boleh tambah udang, ketam, limpa, paru2 dan macam2 lagi kalau nak best.

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning
  2. Lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
  3. Masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
  4. Masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
  5. Masukkan serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
  6. Masukkan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
  7. Bila beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
  8. Kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya, masak hingga pekat.
  9. Bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
  10. Boleh taruk pelbagai sayuran ikut suka hati jiran sebelah kanan punya biras.
  11. Kalau tak abis makan simpan dalam bekas jenis Tupperware, belilah Tupperware, hidup parti Tupperware.
Selamat Mencuba.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan