Ahad, September 28

Salam Aidilfitri


Terkadang Mulut Tersalah Bicara
Juga Hati Tersalah Berkata

Terkadang Mata Tersalah Memandang
Juga Telinga Tersalah Mendengar

Terkadang Firasat Tersalah Menduga
Juga Tingkah Tersalah Adabnya

Juteru Ku Susun Kesepuluh Jemari
Pohon Kemafaan Buat Semua

Salam Aidilfitri 1429



Ahad, September 7

Warning From Bank Negara!

Pemasangan Kamera Dibuat di Mesin ATM
Peralatan Yang Digunapakai Bagi Menyembunyikan Kamera
Penjenayah Akan Merakam No Akaun dan Pin Pengguna ATM

Please give wide publicity !

Bank ATM ' s Converted to Steal IDs of Bank Customers

A team of organized criminals are installing equipment on legitimate bank ATM ' s in at least 2 regions to steal both the ATM card number and the PIN . The team sits nearby in a car receiving the information transmitted wirelessly over weekends and evenings from equipment they install on the front of the ATM (see photos) . If you see an attachment like this, do not use the ATM and report it immediately to the bank using the phone on the front of the ATM .

The equipment used to capture your ATM card number and PIN are cleverly disguised to look like normal ATM equipment . A ' skimmer ' is mounted to the front of the normal ATM card slot that reads the ATM card number and transm its it to the criminals sitting in a nearby car .

At the same time, a wireless camera is disguised to look like a leaflet holder and is mounted in a position to view ATM PIN entries

The thieves copy the cards and use the PIN numbers to withdraw thousands from many accounts in a very short time directly from the bank ATM .

Sebarkan Untuk Kengkawan....



Jom buat Bubur Lambok


Bahan-bahan

  • Secawan beras
  • Sesudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih + buah pelaga
  • Daging (Ikut sesedap Budget sebab daging dah mahal)
  • segenggam udang kering
  • 2 helai daun pandan
  • Sesudu kecil halba
  • Sesudu kecil jintan kasar
  • Sebiji bawang besar - hiris
  • 3 biji bawang putih - hiris
  • 2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
  • Sesudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
  • 6 biji bawang merah - buat bawang goreng(Kalau Nak Senang beli ja bawang goreng)
  • Daun sup dan daun bawang
  • Garam secukup rasa(tak perlu cukup rasa bagi yang ada darah tinggi)
  • Air secukupnya
  • Boleh tambah udang, ketam, limpa, paru2 dan macam2 lagi kalau nak best.

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning
  2. Lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
  3. Masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
  4. Masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
  5. Masukkan serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
  6. Masukkan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
  7. Bila beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
  8. Kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya, masak hingga pekat.
  9. Bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
  10. Boleh taruk pelbagai sayuran ikut suka hati jiran sebelah kanan punya biras.
  11. Kalau tak abis makan simpan dalam bekas jenis Tupperware, belilah Tupperware, hidup parti Tupperware.
Selamat Mencuba.........

Sabtu, September 6

Macam2 Posing
























































Malam Lailatul Qadar

LAILATULQADAR adalah malam yang istimewa. Kelebihan yang ada pada malam Lailatulqadar melebihi seribu bulan termaktub dalam Al-Qur'an iaitu di dalam Surah Al-Qadar:


"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut), Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Surah Al-Qadar 097:1-5)

Menurut tafsiran Mujahid, beliau menyatakan ada seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang bangun malam untuk beribadah hinggalah menjelang Subuh. Kemudian dia berjihad pula di jalan Allah hinggalah menjelang petang. Dia melakukan perkara itu selama seribu bulan. (kira-kira 29,500 hari). Kemudian turunlah ayat itu yang menyatakan bahawa beribadah pada malam Al-Qadar adalah lebih baik daripada amalan lelaki tersebut (Ibn Kathir (1998), Tafsir Al-Qur'an Al-Azim, Jilid 8, Beirut, Halaman 3818).

Menurut Ali bin Urwah, Rasulullah s.a.w. menyebut bahawa terdapat empat orang dari kalangan Bani Israel yang beribadah kepada Allah selama 80 tahun dan tidak sesaat pun mereka melakukan maksiat kepada Allah. Para sahabat merasa takjub dan kagum mendengar amalan abid tersebut lalu datanglah Jibril a.s. dan membacakan kepada Rasulullah Surah Al-Qadar dan menyatakan bahawa malam Al-Qadar adalah lebih afdal darpada amalan empat abid tersebut. Para sahabat merasa gembira dengan anugerah Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w.

Tapi bilakah berlakunya malam Al-Qadar? Semasa Rasulullah s.a.w. masih hidup, Baginda pernah pada satu ketika ingin memberitahu kepada umatnya waktu sebenar berlakunya malam Al-Qadar, namun setelah berlaku pertengkaran dua orang sahabatnya tentang hal itu, maka maklumat tersebut diangkat oleh Allah dan dirahsiakan. Oleh itu, waktu sebenar berlakunya malam Al-Qadar itu hanya ada pada ilmu Allah.

Walaupun begitu, ada beberapa hadis yang menggambarkan bilakah malam Al-Qadar itu berlaku. Menurut pendapat yang masyhur, malam Al-Qadar berlaku pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan ia berlaku pada malam-malam yang ganjil. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ubadah bin Somit bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang malam Al-Qadar, lalu Baginda menjawab: "Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu bersungguh-sungguh mencarinya pada sepuluh malam akhir Ramadhan".

"Sesungguhnya malam Al-Qadar itu pada 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau pada akhir malam Ramadhan." (Musnad Imam Ahmad 5/318). Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada malam-malam ganjil pada sepuluh akhir Ramadhan." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Al-Quran dan Khasiatnya

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah swt. Bacalah 40 kali surah ini selepas solat Maghrib dab sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah swt, InsyaAllah hajatnya akan termakbul.
SURAH AN-NAS DAN SURAH AL-FALAQ
Jika terkena sihir atau perbuatan orang, bacalah 41 kali setiap hari selama 3, 5, atau 7 hari secara berturut-turut. InsyaAllah akan sembuh.
SURAH AL-IKHLAS
Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas semasa dalam kesakitan yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tangannya sehingga melepasi sirat menuju ke syurga. [Riwayat Al-Tabrani]
SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun makan bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan. [Riwayat At-Tirmizi]
SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamal membaca surah ini 1000 kali, maka Allah swt akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkatnya. Dan sesiapa yang membaca 1000 kali selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insyaAllah dapat melihat Rasulullah saw dalam tidurnya.

Selasa, September 2

Kadar Zakat Fitrah 1429H

KUALA LUMPUR - Kadar zakat fitrah pada sepanjang bulan Ramadan kali ini untuk hampir semua negeri di seluruh negara naik antara RM1 dan lebih RM2 bagi setiap orang. Kecuali Selangor mengekalkan kadar lama RM5.20, negeri-negeri lain termasuk jirannya Wilayah Persekutuan dinaikkan kepada RM5.20 daripada RM4.70 sebelum ini. Terengganu memperlihatkan pertambahan besar iaitu pada kadar maksimum RM8 dan minimum RM6 berbanding tahun lalu RM5.50 dan serendah RM4..80. Ini diikuti Sabah yang mengenakan kadar bayaran sebanyak RM7.70 daripada RM5.20 pada tahun sebelumnya peningkatan RM2.50 manakala Kelantan menetapkan RM7.60 berbanding RM4.80 tahun lalu. Sarawak pula menyaksikan kenaikan kadar zakat fitrah terbesar iaitu RM2.70 kepada RM7.50 disusuli Pahang yang bertambah RM2.50 kepada kadar baru iaitu RM7.30. Tinjauan Kosmo! ke atas beberapa pihak berkuasa agama negeri mendapati pertambahan itu dipengaruhi kesan kenaikan harga beras yang menjadi pengukur penetapan kadar semasa zakat fitrah pada tahun ini.Tak kira la berapa pun, zakat fitrah itu adalah wajid bagi kita.....

DIM SUM Udang


Kepada yang suka makan Dim Sum, cuba buat sendiri:
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-Bahannya:
300g udang
6 biji sengkuang cina
12 keping kulit wantan
1/4 barang lobak merah
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan Campuran:
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk pati stok ikan bilis
1/2 biji putih telur garam
Lada sulah
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cara membuat:
Bersihkan udang dan cincang halus, kupas sengkuang dan cincang halus. Lap kulit wantan dengan kain basah untuk melembutkannya. Lobak merah dicincang halus. Campurkan udang, sengkuang dan bahan campuran dan gaul rata, jika bancuhan lembek campurkan sedikit tepung jagung. Simpan dalam peti sejuk selama sejam. Salutkan 2 sudu teh bancuhan tadi ke dalam kulit wantan, lipat dan hiaskan dengan lobak merah di atasnya. Sapukan sedikit minyak dalam dulang kukus dan kukus selama 10 minit. Hidangan siap untuk dihidang. Jangan lupa sebelum makan baca dulu doa makan.


Ayat Kursi.......

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya.
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. "Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar. "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasukirumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah Azza Wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
- Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,Rasullullah s. a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

AIR MATA RASULULLAH

Mengimbas seketika kisah kekasih Allah untuk renungan:
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?". "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. "Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu. "Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Syaidina Muhammad. Berselawatlah kita ke atas kekasih Allah.