Ahad, Ogos 31

Pulau Pangkor

Mengimbas kenangan bercuti di Pulau Pangkor. Time tu Dania masih dalam perut ibunya. Apa pun satu percutian yang menarik, Pulau Pangkor mampu menyajikan keriangan buat tetamunya.

Atas feri dari Lumut
Tak Tidur aaa... Tengah berfikir

Dah Sampai Jeti Pulau Pangkor

Perkhidmatan Kereta Sewa... Sebab time ni bukan cuti sekolah dapat harga istimewa
RM 100 untuk 3 hari


Havana Beach Resort, Tepi pantai di Teluk Nipah. RM 150 untuk 3 hari 2 malam, tapi time tu bukan cuti sekolah.

Cukup menyelesakan

Mandi-manda di Pantai Teluk Nipah, berhadapan dengan chalet

Taman Fu Lin Kong, kat sini ada model Tembok Besar China contohnya macam kat belakang tu...masuk free je

Kat dalam kolam tu boleh tengok 3 ke 4 ekor Arowana...besar gak lah

Bergambar di Kota Belanda, salah satu lokasi tinggalan sejarah

Tugu yang menceritakan secara ringkasnya pembinaan Kota Belanda

Kat Pangkor pun ada Batu Bersurat, lagi besar dari Terengganu. Lebih kurang catatannya mengisahkan misteri kehilangan anak pembesar belanda yang dikatakan dimakan oleh harimau.
Bergambar dengan berlatarbelakangkan kebiruan langit
Boleh cuba snockling di sini, memberi makan ikan di tangan. Pakej RM 40 untuk 2 orang, lokasinya di sebuah pulau kecil di Teluk Nipah.

Penyelam Hampir-Hampir Profesional

Perjalanan Balik ke Lumut, atas feri siap ada TV lagi tu.
Bergambar di monument sauh di Lumut

Ni pun kat Lumut gak..
Lunch Time... Restoran Era, Lumut

Bercuti sebenarnya untuk menenangkan fikiran bukan untuk merehatkan badan, kalau nak rehatkan badan baik tidur kat rumah. Bila kita melakukan aktiviti yang bukan rutin di lokasi yang asing fikiran kita akan merdeka dari kekusutan pelbagai masalah terutamanya berkaitan tempat kerja. Tapi ingat, bercuti untuk menenangkan fikiran bukan untuk berhenti berfikir...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan