31 Jul 2006 dan 21 Ogos 2008, tarikh yang cukup dikenang oleh keluarga Hj Samsudin berikutan kembalinya dua insan tersayang Allahyarham Mohamad Sani dan Allahyarham Muhammad Aiman.
31 Jul 2006 - terima panggilan dari ayah memaklumkan Allahyarham Mohamad Sani (Abang Ipar) mengalami kemalangan, maklumat diterima dari PDRM. Terus menghubungi Kak Ngah tetapi tidak dapat dihubungi. Telefon Suhaimi (Rakan dan Jiran Allahyarham), panggilan dijawab oleh anaknya Firdaus memaklumkan "Ayah pergi tengok Acik Sani meninggal". Jawapan yang begitu menusuk ke dada. Allahyarham meninggal akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di KLIA. Allahyarham bertugas sebagai Penolong Pegawai Keselamatan MAS Berhad. Lokasi kemalangan adalah di KM 23 Lebuhraya Seremban/Port Dickson iaitu kira-kira 10 minit perjalanan dari rumahnya di Kg Baru. Kemalangan ditafsirkan sebagai langgar lari.

Tinggal Kenangan.... Allahyarham (dua dari kiri ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran anak sulungnya Nazatul Nisha. Sambutan dibuat seminggu lebih awal dari tarikh sebenar 31 Jul 2006 iaitu tarikh kembalinya beliau ke Rahmatullah. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Ijok, Selama Perak.21 Ogos 2008 - Satu lagi ujian tuhan buat keluarga Haji Samsudin. Kembalinya ke Rahmatullah seorang lagi ahli keluarga iaitu Muhammad Aiman bin Nazmi (Anak sulung kepada Abang Long). Kisah selanjutnya di post `Kau Pergi Jua.."
Allahyarham Muhammad Aiman bin NazmiBuat kedua-dua Allahyarham semoga ditempat bersama roh para syuhada. Biar pun hilang di mata namun di hati tetap bersemi - Al Fatihah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan