21 Ogos - Kau Pergi Jua........Takdir penentu segala. Kembalinya ke Rahmatullah Muhammad Aiman bin Nazmi (gambar kanan). Tarikh yang pada awalnya dirancang bagi menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang keempat bertukar tragedi. Siapa yang tak sayang Aiman? Tapi siapa yang boleh menghalang takdir tuhan. Allah lebih menyayanginya. Masih teringat ketika menziarahi kelahiran adik kembarnya Anas dan Najwa, Allahyarham berkali-kali berpesan untuk datang ke rumah di Kulim kerana hendak berkelah di Ulu Sedim. Ulu Sedim? Hakikatnya aku sendiri tidak pernah menjejak kaki ke situ. 17 Ogos 2008 - 'Wan, Aiman dapat 9A". 18 Ogos 2008- "Wan,bila nak dtg amik kami". 19 Ogos 2008 - "Wan, jgn lupe bawak roti canai". Itulah SMS yang diterima oleh ayahku Hj Samsudin, betapa berhajatnya Allahyarham hendak berkelah di Ulu Sedim. Pada 21 Ogos 2008 merupakan hari ulangtahun perkahwinan ku yang ke empat. Setelah diberitahu Allahyarham yang beliau nak datang pada tarikh itu, aku dan isteri pun aturkan rancangan untuk berkelah di Ulu Paip, satu lokasi yang agak selamat pada diriku. Lebih kurang jam 9.00 pagi Ayahku bersama Ibuku, Aiman dan Airil sampai di rumah. Aiman memang rapat dengan ku dan akan memelukku setiap kali bertemu. Dengan wajah ceria beliau berkata " Pak Jang, kali ini bawa pi Ulu Sedim". Terlalu sukar untuk menolak permintaannya. Bertolak dari rumah di Taman Mutiara pada jam 10.30 pagi. Ketika menghampiri simpang ke Ulu Paip, hatiku berbelah bahagi. Bertanya pada isteri "Nak ke Sedim ka Ulu Paip" Melihat Aiman yang begitu sugul aku meneruskan pemanduan tanpa membelok ke Ulu Paip. Ceria sekali wajahnya bila menyedari kenderaan kami menuju ke Sedim. "Ada Harimau!" sapanya ketika melintasi sebuah jambatan. Sekadar menegur, tidak terlintasi difikiran sebarang petanda buruk. Masuk ke kawasan perkelahan, jalan utama dalam proses pembesaran dan papan tanda ke lata utama telah dicabut untuk sementara waktu.
Aku yang pertama kali sampai ke Sedim tercari-cari kawasan perkelahan. Sehingga tiba di suatu kawasan terdapat banyak khemah-khemah dipasang untuk suatu majlis hiburan. Bertanya pada kakitangan di situ dan ditunjukkan satu kawasan mandi. Aku memberitahu garis sempadan untuk mandi. Aiman dan Airil sememangnya budak yang baik, mematuhi apa yang diarahkan. Ketika mandi, Ibuku dan Isteri menyiapkan makan tengahari. Aku menjadi orang yang terakhir naik ke darat setiap kali berhenti mandi. Kami menjamu selera makan tengahari di tepi sungai. Tiada apa perubahan padanya ketika makan tengahari. Selesai makan, kami mandi semula sehinggalah jam menunjukkan hampir pukul 12 aku mengarahkan Aiman dan Airil naik ke darat dan bersiap untuk balik. Tiada sebarang bantahan, hanya tersenyum nak naik ke darat. Sedang asyik berkemas tiba-tiba terdengar suara adiknya Airil memanggil Along! Dia sekadar menoleh dan senyum sebelum terus berjalan di atas batu di tepi sungai. Aku yang sedang mendukung anak turut berteriak memanggilnya bersama ibu dan isteriku namun tidak diendahkan lagi dan beliau terus berjalan dengan tenang sekali menuju masuk ke dalam air. Aku meletakkan anak yang didukung dan berlari untuk menangkapnya namun dia begitu selesa, tenang dan lancar berjalan menuju ke jeram arus. Ibu dan Isteriku melihat dengan nyata Aiman berjalan tanpa menoleh ke belakang dan tanpa meronta sehinggalah ditenggelami arus. Aku menerkamnya pada jarak 1 meter lebih ketika hampir ditenggelami air namun seakan tidak tercapai apa-apa selain aku sendiri dibawa arus di celah batu dan alhamdulillah tersangkut pada kayu di hujung jeram. Aku naik semula ke batu dan meninjau sekeliling. Nyata tiada apa-apa kesan. Ya Allah! Aku hanya mampu melaungkan azan sehingga datang penduduk kampung memberikan bantuan. Selaman demi selaman dilakukan namun Aiman tidak kelihatan.
Bermula episod pencarian yang begitu mengharukan. Hari pertama dan kedua tidak menemukan apa petanda. Aku seakan tidak percaya segala yang terjadi dan hati ini terlalu kuat berkata yang Aiman masih hidup meskipun pada akal logiknya tidak. Mungkin kerana terlalu sayang padanya. Di sebelah malam penduduk kampung mengadakan bacaan yasin dan jamuan makan malam. Sungguh terhutang budi terhadap penduduk sedim. Di tengah malamnya aku bermunajat memohon petunjuk dari Allah Subhanahu Wata`ala. Aku pasrah dan menyedari bahawa aku perlu menerima sebarang hakikat yang bakal terjadi. Keesokan hari operasi mencari diteruskan dan berakhir dengan tanpa sebarang petanda. Segalanya terjawab di hari ketiga pencarian. Syabas dan tahniah buat penduduk Sedim yang begitu tinggi nilai perpaduan dan permuafakatan mereka. Dengan sokongan dari pelbagai pihak terutamanya Penghulu dan penduduk Sedim, YB Zulkifli Noordin, Sedim, En Ajis (AMK), En Shaari (PKR), Bomba, Balai Polis Sg Kob, JPA, Rela, Penduduk Felda Ijok, Dr dan Kakitangan Rumah Mayat Kulim dan semua yang menghulurkan bantuan. Jenazah Allahyarham Muhammad Aiman bin Nazmi ditemui pada 23 Ogos 2008 jam 11.55 pagi dan selamat dikebumikan di Gunong Semanggol. Jutaan terima kasih dan penghargaan buat semua yang membantu.
Apa yang lebih terharu, begitu ramai yang datang ke lokasi kejadian. Biarpun sekadar berusia 8 tahun namun begitu ramai yang hadir bersama-sama kami berkongsi mengharungi kesedihan. Penduduk Felda Ijok, datuk saudara, ibu dan bapa saudara, guru-guru dan ramai lagi bersama-sama menanti jawapan terhadap satu penemuan yang pastinya cukup memilukan. Allah lebih menyayanginya, jenazahnya ditemui dengan begitu sempurna tanpa sebarang cacat cela atau sebarang pandangan yang menyayat hati. Aku juga begitu kagum dengan abang dan kakak ku Nazmi dan Alida yang begitu kuat menerima dugaan Allah Subhanahu Wata`ala sedangkan aku sendiri tidak sekuat mereka. Al Fatihah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan