Selamat Menyambut Kehadiran Ramadhan Buat Semua. Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih bermakna buat diri kita, rebutlah segala peluang yang telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata`ala. Tidak dinafikan ruang masa begitu terhad dewasa ini buat kita memenuhi segala tuntutan. Namun Yang Maha Adil tidak pernah menyisihkan kita dari terus beribadat kepadaNya. Tiada ada yang dapat diberikan olehku melainkan panduan solat tarawih untuk dilakukan bersendirian bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk berjemaah. Salam Ramadhan. Maaf sekiranya tidak berapa jelas.
Ahad, Ogos 31
Pulau Pangkor
Mengimbas kenangan bercuti di Pulau Pangkor. Time tu Dania masih dalam perut ibunya. Apa pun satu percutian yang menarik, Pulau Pangkor mampu menyajikan keriangan buat tetamunya.
Atas feri dari Lumut
Tak Tidur aaa... Tengah berfikir
Dah Sampai Jeti Pulau Pangkor
Perkhidmatan Kereta Sewa... Sebab time ni bukan cuti sekolah dapat harga istimewaRM 100 untuk 3 hari
Havana Beach Resort, Tepi pantai di Teluk Nipah. RM 150 untuk 3 hari 2 malam, tapi time tu bukan cuti sekolah.
Cukup menyelesakan
Mandi-manda di Pantai Teluk Nipah, berhadapan dengan chalet
Taman Fu Lin Kong, kat sini ada model Tembok Besar China contohnya macam kat belakang tu...masuk free je
Kat dalam kolam tu boleh tengok 3 ke 4 ekor Arowana...besar gak lah
Bergambar di Kota Belanda, salah satu lokasi tinggalan sejarah
Tugu yang menceritakan secara ringkasnya pembinaan Kota Belanda
Kat Pangkor pun ada Batu Bersurat, lagi besar dari Terengganu. Lebih kurang catatannya mengisahkan misteri kehilangan anak pembesar belanda yang dikatakan dimakan oleh harimau.
Bergambar dengan berlatarbelakangkan kebiruan langit
Boleh cuba snockling di sini, memberi makan ikan di tangan. Pakej RM 40 untuk 2 orang, lokasinya di sebuah pulau kecil di Teluk Nipah.
Penyelam Hampir-Hampir Profesional
Perjalanan Balik ke Lumut, atas feri siap ada TV lagi tu.
Bergambar di monument sauh di Lumut
Ni pun kat Lumut gak..
Lunch Time... Restoran Era, LumutBercuti sebenarnya untuk menenangkan fikiran bukan untuk merehatkan badan, kalau nak rehatkan badan baik tidur kat rumah. Bila kita melakukan aktiviti yang bukan rutin di lokasi yang asing fikiran kita akan merdeka dari kekusutan pelbagai masalah terutamanya berkaitan tempat kerja. Tapi ingat, bercuti untuk menenangkan fikiran bukan untuk berhenti berfikir...
Kehilangan Yang Dirasai
31 Jul 2006 dan 21 Ogos 2008, tarikh yang cukup dikenang oleh keluarga Hj Samsudin berikutan kembalinya dua insan tersayang Allahyarham Mohamad Sani dan Allahyarham Muhammad Aiman.
31 Jul 2006 - terima panggilan dari ayah memaklumkan Allahyarham Mohamad Sani (Abang Ipar) mengalami kemalangan, maklumat diterima dari PDRM. Terus menghubungi Kak Ngah tetapi tidak dapat dihubungi. Telefon Suhaimi (Rakan dan Jiran Allahyarham), panggilan dijawab oleh anaknya Firdaus memaklumkan "Ayah pergi tengok Acik Sani meninggal". Jawapan yang begitu menusuk ke dada. Allahyarham meninggal akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di KLIA. Allahyarham bertugas sebagai Penolong Pegawai Keselamatan MAS Berhad. Lokasi kemalangan adalah di KM 23 Lebuhraya Seremban/Port Dickson iaitu kira-kira 10 minit perjalanan dari rumahnya di Kg Baru. Kemalangan ditafsirkan sebagai langgar lari.

Tinggal Kenangan.... Allahyarham (dua dari kiri ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran anak sulungnya Nazatul Nisha. Sambutan dibuat seminggu lebih awal dari tarikh sebenar 31 Jul 2006 iaitu tarikh kembalinya beliau ke Rahmatullah. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Ijok, Selama Perak.21 Ogos 2008 - Satu lagi ujian tuhan buat keluarga Haji Samsudin. Kembalinya ke Rahmatullah seorang lagi ahli keluarga iaitu Muhammad Aiman bin Nazmi (Anak sulung kepada Abang Long). Kisah selanjutnya di post `Kau Pergi Jua.."
Allahyarham Muhammad Aiman bin NazmiBuat kedua-dua Allahyarham semoga ditempat bersama roh para syuhada. Biar pun hilang di mata namun di hati tetap bersemi - Al Fatihah
Kenangan Lagi... Konvokesyen IKK PERHEBAT
Sehari di Bukit Merah Lake Town Resort

Sekadar mengimbas kenangan. Percutian tak semestinya jauh, riadah tak semestinya mewah. Yang pentingnya kegembiraan. Di dalam keluarga segala yang dilaksanakan ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak bertabur. Tak perlu jarak yang jauh, hotel yang mewah dan makanan yang lazat untuk beriadah. Apa yang lebih penting kegembiraan sesisi keluarga.
Melayan kerenah anak-anak, asal tak ada yang bermasam muka dimana pun tak apa. Pokoknya keakraban di dalam ikatan kekeluargaan dapat dikekalkan. Bila kerap bersama, yang jauh akan menjadi lebih dekat dan yang dekat pastilah bertambah rapat. Renungkan sejenak, sejauh mana kuatnya persaudaraan dalam diri kita.
Nurin Akma Dania
Mahal senyuman Opah tu...
Ongah Den....
Yang ni lak Pak Long Korang la...
Tengok Macam Segak..... Segak la tu...Laki die agaknye...
Gambar tak clear pun nampak cun
Anak Ibu.....lena dalam keriuhan
Hensem Atuk ni...
Dania pun dah mengamuk...kena balik laa...
Melayan kerenah anak-anak, asal tak ada yang bermasam muka dimana pun tak apa. Pokoknya keakraban di dalam ikatan kekeluargaan dapat dikekalkan. Bila kerap bersama, yang jauh akan menjadi lebih dekat dan yang dekat pastilah bertambah rapat. Renungkan sejenak, sejauh mana kuatnya persaudaraan dalam diri kita.Taman Tropika....pastinya tidak menghampakan pengunjung
Nurin Akma Dania
Mahal senyuman Opah tu...
Ongah Den....
Yang ni lak Pak Long Korang la...
Tengok Macam Segak..... Segak la tu...Laki die agaknye...
Gambar tak clear pun nampak cun
Anak Ibu.....lena dalam keriuhan
Hensem Atuk ni...
Dania pun dah mengamuk...kena balik laa...Insya Allah kalau panjang umur kita round lagi satu family............ wassalam
Sabtu, Ogos 30
Kau Pergi Jua......
21 Ogos - Kau Pergi Jua........Takdir penentu segala. Kembalinya ke Rahmatullah Muhammad Aiman bin Nazmi (gambar kanan). Tarikh yang pada awalnya dirancang bagi menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang keempat bertukar tragedi. Siapa yang tak sayang Aiman? Tapi siapa yang boleh menghalang takdir tuhan. Allah lebih menyayanginya. Masih teringat ketika menziarahi kelahiran adik kembarnya Anas dan Najwa, Allahyarham berkali-kali berpesan untuk datang ke rumah di Kulim kerana hendak berkelah di Ulu Sedim. Ulu Sedim? Hakikatnya aku sendiri tidak pernah menjejak kaki ke situ. 17 Ogos 2008 - 'Wan, Aiman dapat 9A". 18 Ogos 2008- "Wan,bila nak dtg amik kami". 19 Ogos 2008 - "Wan, jgn lupe bawak roti canai". Itulah SMS yang diterima oleh ayahku Hj Samsudin, betapa berhajatnya Allahyarham hendak berkelah di Ulu Sedim. Pada 21 Ogos 2008 merupakan hari ulangtahun perkahwinan ku yang ke empat. Setelah diberitahu Allahyarham yang beliau nak datang pada tarikh itu, aku dan isteri pun aturkan rancangan untuk berkelah di Ulu Paip, satu lokasi yang agak selamat pada diriku. Lebih kurang jam 9.00 pagi Ayahku bersama Ibuku, Aiman dan Airil sampai di rumah. Aiman memang rapat dengan ku dan akan memelukku setiap kali bertemu. Dengan wajah ceria beliau berkata " Pak Jang, kali ini bawa pi Ulu Sedim". Terlalu sukar untuk menolak permintaannya. Bertolak dari rumah di Taman Mutiara pada jam 10.30 pagi. Ketika menghampiri simpang ke Ulu Paip, hatiku berbelah bahagi. Bertanya pada isteri "Nak ke Sedim ka Ulu Paip" Melihat Aiman yang begitu sugul aku meneruskan pemanduan tanpa membelok ke Ulu Paip. Ceria sekali wajahnya bila menyedari kenderaan kami menuju ke Sedim. "Ada Harimau!" sapanya ketika melintasi sebuah jambatan. Sekadar menegur, tidak terlintasi difikiran sebarang petanda buruk. Masuk ke kawasan perkelahan, jalan utama dalam proses pembesaran dan papan tanda ke lata utama telah dicabut untuk sementara waktu.
Aku yang pertama kali sampai ke Sedim tercari-cari kawasan perkelahan. Sehingga tiba di suatu kawasan terdapat banyak khemah-khemah dipasang untuk suatu majlis hiburan. Bertanya pada kakitangan di situ dan ditunjukkan satu kawasan mandi. Aku memberitahu garis sempadan untuk mandi. Aiman dan Airil sememangnya budak yang baik, mematuhi apa yang diarahkan. Ketika mandi, Ibuku dan Isteri menyiapkan makan tengahari. Aku menjadi orang yang terakhir naik ke darat setiap kali berhenti mandi. Kami menjamu selera makan tengahari di tepi sungai. Tiada apa perubahan padanya ketika makan tengahari. Selesai makan, kami mandi semula sehinggalah jam menunjukkan hampir pukul 12 aku mengarahkan Aiman dan Airil naik ke darat dan bersiap untuk balik. Tiada sebarang bantahan, hanya tersenyum nak naik ke darat. Sedang asyik berkemas tiba-tiba terdengar suara adiknya Airil memanggil Along! Dia sekadar menoleh dan senyum sebelum terus berjalan di atas batu di tepi sungai. Aku yang sedang mendukung anak turut berteriak memanggilnya bersama ibu dan isteriku namun tidak diendahkan lagi dan beliau terus berjalan dengan tenang sekali menuju masuk ke dalam air. Aku meletakkan anak yang didukung dan berlari untuk menangkapnya namun dia begitu selesa, tenang dan lancar berjalan menuju ke jeram arus. Ibu dan Isteriku melihat dengan nyata Aiman berjalan tanpa menoleh ke belakang dan tanpa meronta sehinggalah ditenggelami arus. Aku menerkamnya pada jarak 1 meter lebih ketika hampir ditenggelami air namun seakan tidak tercapai apa-apa selain aku sendiri dibawa arus di celah batu dan alhamdulillah tersangkut pada kayu di hujung jeram. Aku naik semula ke batu dan meninjau sekeliling. Nyata tiada apa-apa kesan. Ya Allah! Aku hanya mampu melaungkan azan sehingga datang penduduk kampung memberikan bantuan. Selaman demi selaman dilakukan namun Aiman tidak kelihatan.
Bermula episod pencarian yang begitu mengharukan. Hari pertama dan kedua tidak menemukan apa petanda. Aku seakan tidak percaya segala yang terjadi dan hati ini terlalu kuat berkata yang Aiman masih hidup meskipun pada akal logiknya tidak. Mungkin kerana terlalu sayang padanya. Di sebelah malam penduduk kampung mengadakan bacaan yasin dan jamuan makan malam. Sungguh terhutang budi terhadap penduduk sedim. Di tengah malamnya aku bermunajat memohon petunjuk dari Allah Subhanahu Wata`ala. Aku pasrah dan menyedari bahawa aku perlu menerima sebarang hakikat yang bakal terjadi. Keesokan hari operasi mencari diteruskan dan berakhir dengan tanpa sebarang petanda. Segalanya terjawab di hari ketiga pencarian. Syabas dan tahniah buat penduduk Sedim yang begitu tinggi nilai perpaduan dan permuafakatan mereka. Dengan sokongan dari pelbagai pihak terutamanya Penghulu dan penduduk Sedim, YB Zulkifli Noordin, Sedim, En Ajis (AMK), En Shaari (PKR), Bomba, Balai Polis Sg Kob, JPA, Rela, Penduduk Felda Ijok, Dr dan Kakitangan Rumah Mayat Kulim dan semua yang menghulurkan bantuan. Jenazah Allahyarham Muhammad Aiman bin Nazmi ditemui pada 23 Ogos 2008 jam 11.55 pagi dan selamat dikebumikan di Gunong Semanggol. Jutaan terima kasih dan penghargaan buat semua yang membantu.
Apa yang lebih terharu, begitu ramai yang datang ke lokasi kejadian. Biarpun sekadar berusia 8 tahun namun begitu ramai yang hadir bersama-sama kami berkongsi mengharungi kesedihan. Penduduk Felda Ijok, datuk saudara, ibu dan bapa saudara, guru-guru dan ramai lagi bersama-sama menanti jawapan terhadap satu penemuan yang pastinya cukup memilukan. Allah lebih menyayanginya, jenazahnya ditemui dengan begitu sempurna tanpa sebarang cacat cela atau sebarang pandangan yang menyayat hati. Aku juga begitu kagum dengan abang dan kakak ku Nazmi dan Alida yang begitu kuat menerima dugaan Allah Subhanahu Wata`ala sedangkan aku sendiri tidak sekuat mereka. Al Fatihah.

Langgan:
Catatan (Atom)