Sabtu, Disember 20

MULAKAN DENGAN BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIRROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 . Ibnu Mas'ud berkata:

"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Jumaat, Disember 19

Istidraj?

Rasulullah S. A.W. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasulullah S.A.W dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Rasulullah S.A.W naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia Istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj.. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Khamis, Disember 11

Undangan Ke Majlis Perkahwinan

Walimatul Urus

Semarak Kasih Jalinan Budi
Segunung Harap Seikhlas Hati
Dengan Penuh Rasa Kesyukuran dan Segala Hormatnya Kami

Haji Samsudin bin Said
&

Hajah Siti @ Ramlah binti Ismail


Menjemput Yang Berbahagia
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
Untuk Turut Menyemarakkan Lagi

Majlis Ikatan Kasih Anakanda Kami

Nazlan bin Haji Samsudin
&

Hamiza binti Ismail


Yang Dilangsungkan pada 27 Disember 2008
Bersamaan 29 Zulhijjah 1409 di:


No 5 Peringkat 4 Felda Ijok 34120 SELAMA
Perak Darul Ridzuan



Ya Allah Ya Tuhan Kami
Dengan Limpah Rahmatmu Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Satukanlah Hati Pasangan Ini Sebagaimana Kau Satukan Hati Adam & Hawa
Satukanlah Jiwa Mereka Sepertimana Kau Satukan Jiwa Muhammad S.A.W &Aishah
Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Sempurna Lagi Soleh dan Solehah
Limpahkanlah Rahmat Rezeki Dan Hidayahmu Buat Mereka
Berkatilah Penyatuan Mereka Sebagai Suami dan Isteri
Amin Ya Rabbal Alamin

Aturcara Majlis:

12.00 Tengahari - 02.00 Petang
Jamuan Makan

01.00 Petang
Majlis Bersanding

Tel:
019 4777397 - Hj Samsudin
019 2838656 - Hjh Ramlah
019 5617397 - Nazlan

Semoga Dengan Kehadiran Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik Akan Menyerikan Lagi Majlis Kami.


Ahad, November 2

Marhaban...... Buah Hati Opah & Wan

18 Julai 2008 - Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah Subhanahu Wata`ala di atas anugerahnya kepada keluarga Haji Samsudin dan Hajah Ramlah dengan kelahiran cucu ke sembilan dan sepuluh. Pasangan kembar anak kepada Nazmi & Alida, Muhammad Aidil Anas dan Nurul Aina Najwa.




Yang berbaju biru tu abangnye, Anas dan berbaju merah tu adiknye, Najwa..
Sekalung Tahniah buat Nazmi Samsudin dan Alida Othman di atas kelahiran pasangan kembar Anas & Najwa dari kami seisi keluarga.


Macam2 Posing Edisi KL-Terengganu











Ku Genggam Jua Akhirnya..


MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 PROGRAM EKSEKUTIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA & PROGRAM KERJASAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA – UNIVERSITY OF WARWICK, UK PADA 25 OKTOBER 2005 DI KAMPUS UTM, JALAN SEMARAK, KUALA LUMPUR

---------------------&----------------------

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
Maka dirikanlah salat karena Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus"
-
Suratul Al-Kautsar Ayat 1-3.

25 Oktober 2008, catatan sejarah buat diri ini. Biarpun begitu terlewat dari sepatutnya namun ianya lebih bererti buatku. Eksekutif Diploma In Management, UTM.

Segalanya akan lebih bererti bila diraikan bersama keluarga tersayang

Dorongan dan pengorbanan yang tidak ternilai dari seorang bernama isteri. Demi masa hadapan sikecil yang masih belum memahami erti kehidupan, ku teruskan jua pendakian yang sekian lama terhenti biarpun jurang terus setia menanti langkah yang sedia terbasas. Alhamdulillah, kulepasi puncak pertama.

Kenangan bersama para sahabat

Awekssss....... Boleh Tahan

Kata seorang mantan: "Biarpun Bertatih, Selangkah Bererti Mara".
Bukan soalnya cepat atau lambat tetapi sampai atau tidak. 'Kejayaan' adalah sesuatu yang terlalu subjektif untuk dinilai, pengukurnya adalah sejauh mana kita menjadi diri kita sendiri. Jangan dipersoalkan dimana kita bermula tetapi rancanglah yang terbaik untuk menoktahkan permulaan itu.

Langkah yang terhenti adalah Putus Asa! Bangun dan terus melangkah. Setiap gunung yang dituruni menjanjikan pendakian yang lebih tinggi. Iringilah setiap usaha dengan doa dan zikrullah, Insya Allah kejayaan dipenghujungnya.


Ahad, September 28

Salam Aidilfitri


Terkadang Mulut Tersalah Bicara
Juga Hati Tersalah Berkata

Terkadang Mata Tersalah Memandang
Juga Telinga Tersalah Mendengar

Terkadang Firasat Tersalah Menduga
Juga Tingkah Tersalah Adabnya

Juteru Ku Susun Kesepuluh Jemari
Pohon Kemafaan Buat Semua

Salam Aidilfitri 1429



Ahad, September 7

Warning From Bank Negara!

Pemasangan Kamera Dibuat di Mesin ATM
Peralatan Yang Digunapakai Bagi Menyembunyikan Kamera
Penjenayah Akan Merakam No Akaun dan Pin Pengguna ATM

Please give wide publicity !

Bank ATM ' s Converted to Steal IDs of Bank Customers

A team of organized criminals are installing equipment on legitimate bank ATM ' s in at least 2 regions to steal both the ATM card number and the PIN . The team sits nearby in a car receiving the information transmitted wirelessly over weekends and evenings from equipment they install on the front of the ATM (see photos) . If you see an attachment like this, do not use the ATM and report it immediately to the bank using the phone on the front of the ATM .

The equipment used to capture your ATM card number and PIN are cleverly disguised to look like normal ATM equipment . A ' skimmer ' is mounted to the front of the normal ATM card slot that reads the ATM card number and transm its it to the criminals sitting in a nearby car .

At the same time, a wireless camera is disguised to look like a leaflet holder and is mounted in a position to view ATM PIN entries

The thieves copy the cards and use the PIN numbers to withdraw thousands from many accounts in a very short time directly from the bank ATM .

Sebarkan Untuk Kengkawan....



Jom buat Bubur Lambok


Bahan-bahan

  • Secawan beras
  • Sesudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih + buah pelaga
  • Daging (Ikut sesedap Budget sebab daging dah mahal)
  • segenggam udang kering
  • 2 helai daun pandan
  • Sesudu kecil halba
  • Sesudu kecil jintan kasar
  • Sebiji bawang besar - hiris
  • 3 biji bawang putih - hiris
  • 2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
  • Sesudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
  • 6 biji bawang merah - buat bawang goreng(Kalau Nak Senang beli ja bawang goreng)
  • Daun sup dan daun bawang
  • Garam secukup rasa(tak perlu cukup rasa bagi yang ada darah tinggi)
  • Air secukupnya
  • Boleh tambah udang, ketam, limpa, paru2 dan macam2 lagi kalau nak best.

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning
  2. Lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
  3. Masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
  4. Masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
  5. Masukkan serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
  6. Masukkan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
  7. Bila beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
  8. Kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya, masak hingga pekat.
  9. Bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
  10. Boleh taruk pelbagai sayuran ikut suka hati jiran sebelah kanan punya biras.
  11. Kalau tak abis makan simpan dalam bekas jenis Tupperware, belilah Tupperware, hidup parti Tupperware.
Selamat Mencuba.........