Ahad, Jun 13

Kelebihan Berpuasa Di bulan Rejab

Bulan Rejab bakal tiba lagi untuk sekelian kalinya.  Pernahkan kita tertanya pada diri sendiri apakah kita menyedari akan kehadirannya dan menyedari akan janji-janji Allah Subhanahu Wata`ala sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W.  Justeru marilah kita bersama merebut peluang yang terhidang ini demi kasih dan cinta kita terhadap Allah Subhanahu Wata`ala dan Rasulnya. 

Rasullullah S.A.W. telah bersabda;

“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”

“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”

“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”

“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”

“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”

“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”

“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”

“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”

“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”

“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”

“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”

“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”

“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”

“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”

“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”

“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur).”

“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”

“Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”

“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”

“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”

“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”

Jumaat, Jun 4

Panduan Bacaan Qunut Nazilah

Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut  mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan. Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini. Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis yang bermaksud:

"Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran -Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-



Tatacara Bacaan Qunut Nazilah



Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT. Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".  Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.



Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir. Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W (mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.

Lafaz bacaan Doa Qunut Nazilah adalah seperti berikut: (Slik `Right Klik' dan save untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas):




 Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.



Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur



Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.



Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”



Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.  Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk berdasarkan hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.



-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

Sabtu, Ogos 22

Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah di atas rahmatNya yang mengizinkan kita bertemu semula dengan Musim Rahmat, Musim Keampunan, Musim Keinsafan yakni Ramadhan Al Mubarak.  Sekalung Al Fatihah buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menempuh kemuliaan Ramadhan bersama kita pada tahun ini.  Sekadar peringatan buat diri sendiri dan kita bersama:

****************************
Lafaz Niat Berbuka Puasa
" Yang bermaksud, Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih "
***************************
Lafaz Niat Puasa Harian
" Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala "

****************************
Lafaz Niat Puasa Sebulan
" Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala "


**************************
Solat Tarawikh

Bagi mendapatkan imej dan teks yang lebih jelas `save'kan terlebih dahulu gambar ini di dalam komputer anda.
Semoga Ramadhan Kali Ini Mendekatkan Lagi Diri Kita TerhadapNya, Insya Allah
Salam Ramadhan Dari
Nazkhal Dania

Selasa, Jun 9

Cameron Highland June 2009

Mengimbas Sejenak Percutian Keluarga 03 Jun 2009 - 6 Jun 2009 di ...
CAMERON HIGHLAND !!!


Apsal 01/01/05 lak?... Tanya sama tuan punya camera (tak reti nak set tarikh la tu).


Apartment Penginapan........bertentangan dengan apartment yang kitorang sewa..


Baru sampai di pekan Tanah Rata, yang takde dalam gambar tu orang-orang yang kena tinggal..sedih...

Dalam apartment di Tanah Rata, bergambar ngan cucu-cucu.

Peace.... dari Nadhirah


Dah siap nak jalan, apa-apa pun makan dulu...

Destinasi Pertama..
Al- Mansoor Agro Park, Tanah Rata


Pak Long & Mak Long Family

Posing istimewa dari Anas dan Aina


Posing Anak Beranak, di belakang tu Wan tengah analisa Pokok Anggur.


Merpati Dua Sejoli tengah berjoli


Asal ade camera...



Apa yang di `planing' pulak tu..

Yang kanan tu Mak Long nye, yang kiri tu Acu........solo lagi

Cactus Valley, Pekan Brinchang


Wow.... cun betul cactus tu.


Along & Kak Chik


Anak Bapakkk..


Kanak-kanak Strawberry..yang belakang tu?

Ni la buah Strawberry... nak petik bayar dulu haa.

Rehat jap, penat berjalan..


Jelingan Menjuling...


Panglima dah tidur..


"Adek.... adek jangan nangis tauuu"..

Kelab Anak Menantu


Biarpun keletihan... kami terus mendaki ke puncak valey


Kih..kih.. lepaskan akuuuu.


Pokok Periuk, Telinga dan Kera... (Mane aaa kera tuuu)


Banyaknya periuk kera..


Johan Posing berpasangan


Ni kat puncak Cactus Valley.. kuat tul


Mak Longnye bersama twin

Ladang Gunung Brinchang




Jangan Pandang Belakang



Kat sini petik dulu pas tu baru timbang... kalau nasib baik, abangla bagi diskaun



Sayur petik sendiri... ateh kau tolong pogang jo..

Ladang Tomato...boleh petik sendiri pas tu timbang RM 4.00 sekilo




Ramai-ramai cabut Baby Carrot, sekilo RM 6.00


Ladang Teh Sungai Palas (Teh Boh)

Singgah bergambar di pertengahan Gunung Brinchang

Pendakian menuju ke Kilang Boh, Sungai Palas

Di Kilang Teh Boh Sungai Palas


Boh Restaurant, pelbagai hidangan teh segar. Mahal sikit la, Sandwich Tuna RM 5.00 satu

Perjalanan menuruni bukit...nak balik dah

Taman Rama-Rama dan Lebah, Brinchang


Dah letih...nak balik tidorrrr